ONEALEX.COM

Mengenai Kami


Source: Yellow Pictures (椰楼映画)

KAMI BERADA DI BISNES INI SEJAK 1990-AN

Walaupun OneAlex.com dimulakan pada tahun 2016 sebagai satu bisnes kecil oleh Alex Yee, tapi rangkaian pekerja mahir dan tukang mahir tempatan kami telah beraad dalam bisnes pembinaan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan sejak 1990-an. Dan kebanyakannya datang dari kampung baru Cina.

Pada pertengahan tahun 1980-an dan awal 1990-an, ramai penduduk kampung baru di Malaysia adalah pekerja kolar biru, buruh dan tukang-tukang mahir. Pada masa itu, sektor pembinaan dan pembangunan hartanah Malaysia sedang berkembang pesat dan ramai daripada mereka telah memasuki sektor ini dan mempelajari kemahiran berkaitan dan menjadi pakar dalam bidang-bidang mereka. Begitu juga dengan pasukan pekerja mahir dan subkontraktor OneAlex.

Alex dilahirkan di sebuah kampung baru di Selangor - Seri Kembangan (dulu dikenali sebagai Kampung Baru Serdang Baru). Ibubapanya sendiri, saudara-mara, rakan-rakan dan teman sekelasnya, kebanyakannya juga berada dalam profesi dan bisnes pembinaan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan bangunan. Tetapi dia bekerja di bidang jualan dan pemasaran untuk produk dan perkhidmatan yang berbeza. Dalam kariernya yang lalu, beliau membina rangkaiannya dengan ramai pelanggan korporat di Lembah Klang.

Pada tahun 2016, beliau memutuskan untuk memanfaatkan rangkaian teman dan rakan sekelasnya dalam bidang ini serta rangkaian pelanggan korporatnya sendiri. Dia mula menceburi bisnes ini dan menubuhkan OneAlex ("One" dalam loghat Kantonis berbunyi seperti perkataan - Cari atau 揾), dengan penggunaan Internet / Media Sosial terkini seperti Facebook, Google, WhatsApp, WeChat, Laman Web dan CRM untuk menyampaikan bisnes tradisional kolar biru dengan cara yang lebih baik.



Kami adalah pakar perkhidmatan kejuruteraan, pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan bagi bangunan hotel, bangunan komersial, bangunan industri dan bangunan kediaman di kawasan Lembah Klang. Kami memberi servis kami dengan kerjasama rakan kongsi kami - satu rangkaian pekerja tempatan dan tukang mahir tempatan yang berpengalaman dan pakar dalam kerja mereka. Kebanyakan mereka adalah kawan dan rakan sekelas kami sejak muda.

Idea bisnes kecil OneAlex ini dimulakan oleh Alex Yee pada 2016. Dengan bantuan adiknya sendiri, Alvin, seorang profesional ICT yang savvy dalam Internet selama lebih dari 20 tahun, mereka bersama-sama memulakan laman web OneAlex.com ini dan bisnesnya, dengan mempergunakan Internet / Sosial Media seperti Facebook, Google, WhatsApp, WeChat, Laman Web dan CRM untuk menyediakan bisnes tradisional kolar biru dengan cara yang lebih baik.

Kami menyediakan servis kejuruteraan, pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan yang lengkap untuk bangunan anda yang berkaitan dengan unsur-unsur asas bangunan moden seperti :- logam (金), kayu (木), air (水), api (火), simen (土) dan elektrik (电). Sasaran servis kami adalah pelanggan korporat yang memiliki atau mengurus pelbagai jenis bangunan moden - hotel, komersial, industri dan kediaman.

Nilai kami kepada pelanggan kami ialah: "No Need So Trouble. Get OneAlex To Settle." Kami hanya menyampaikan apa yang kami janjikan - "Pelanggan Yang Puashati + Kerja Yang Berkualiti + Siap dalam Masa + Harga Yang Berpatutan". Dan nilai kami kepada partner kami adalah: "Fokus pada kerja-kerja di tempat kerja anda. Biar Alex menyelesaikan semua hal-hal admin, jualan dan pemasaran dan kami akan membawa lebih banyak bisnes kepada anda."

Kami berhasrat untuk menghubungkan lebih ramai pekerja kolar biru dan tukang mahir ("Partner kami") yang mahir ke platform online kami dan membawa lebih banyak bisnes kepada mereka sementara mereka hanya berfokus kepada kerja-kerja yang mereka mahir; pada masa yang sama, untuk memudahkan Pelanggan kami dapat cari subkontraktor yang terbaik untuk mengubahsuai, membaiki dan menyelenggara bangunan di bawah jagaan mereka.